11 Julai 2014

Gastrik Di Bulan Puasa

Pada bulan puasa ini ramai daripada kalangan kita yang mengalami masalah GASTRIK. Ramai orang yang beranggapan yang pesakit GASTRIK ini sengaja mencari alasan untuk tidak berpuasa.


Sebenarnya banyak lagi punca berlakunya masalah GASTRIK ini. Antaranya ialah :-
  • MAKANAN PEDAS - makanan pedas lambat dan sukar untuk dicernakan.Oleh sebab yang demikiaan, perut akan merangsang untuk merembeskan lebih banyak asid yang boleh menyebabkan gastrik
  • MAKANAN MASAM - makanan yang terlalu masam akan meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut dan seterusnya meningkatkan potensi untuk terjadinya masalah gastrik.
  • MAKANAN BERMINYAK / BERLEMAK - makanan berminyak dan berlemak ini sangat sukar untuk dihadamkan. Hal ini menyebabkan perut merembeskan lebih banyak asid untuk menghadamkan makanan untuk proses pencernaan.
  • MAKANAN BERKAFIEN - teh dan kopi mengandungi kafien yang mampu merangsang pembentukan asid perut.
  • STRESS / TEKANAN EMOSI - apabila kita berada dalam keadaan stress dan mengalami tekanan emosi, perut akan merembeskan lebih banyak asid. Hal ini menyebabkan ada sesetengah orang yang stress sentiasa ingin mengunyah.
  • JANGKITAN BAKTERIA H.PYLORI - jangkitan bakteria ini dikatakan boleh menyebabkan kelukaan pada dinding perut.
  • KURANG BERSENAM
~~~~~~~~~~~~
RAWATAN
~~~~~~~~~~~~

Shaklee ada menawarkan produk2 yang boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk membolehkan kita berpuasa tanpa perlu risau dengan masalah gastrik ini.
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • ESP merupak sumber protein yang tinggi dan sifat alkalinya boleh membantu dalam  meneutralkan keasidan dalam perut
  • Protein2 ini juga membantu dalam membina sel-sel baru untuk menggantikan sel-sel lama yang rosak akibat hakisan yang disebabkan oleh asid hidrolik semasa proses pencernaan.
OSTEMATRIX
  • mengandungi kalsium dan magnesium serta vitamin D yang dapat membantu dalam meneutralkan yang telah memasuki esphagus yang menyebabkan pedih ulu hati.
B-COMPLEX
  • bertindak sebagai agen penenang dan sekaligus dapat kita menangani tekanan akibat daripada masalah gastrik.
  • B-Complex mengandungi kandungan vitamin B yang diperlukan untuk melengkapkan vitamin yang diperlukan oleh sistem tubuh dan sistem saraf kita.


Selain daripada rawatan dengan produk2 Shaklee ini, ada juga petua2 yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah Gastrik ini. Antara petua yang boleh kita amalkan ialah :-
  1. JANGAN mengambil minuman yang mengandungi kafien seperti teh dan juga kopi (selain teh herba)
  2. JANGAN menggunakan krimer seperti susu pekat manis dalam minuman.
  3. KURANGKAN pengambilan makanan PEDAS, ANGIN, LEMAK,dan juga MASAM.
  4. TAMBAHKAN pengambilan makanan berserat tinggi memalui buah-buahan dan sayur-sayuran.
  5. kunyah makanan secara PERLAHAN sehingga makanan betul2 hancur sebelum ditelan supaya makanan tersebut mudah untuk dicernakan.
  6. amalan mengambil SUSU KAMBING juga dikatakan boleh membantu masalah gastrik tetapi hanya boleh diambil selepas sakit gastrik berkurangan.
  7. amalan pengambilan minuman SUSU YOGURT juga boleh membantu untuk mengatasi masalah gastrik kerana kandungan bakteria baik dalam yogurt yang membantu dalam proses pencernaan.
  8. BERHENTI MEROKOK
  9. AWALKAN waktu makan malam sebaik-baiknya sebelum pukul 8 malam. Jika masih lapar selepas waktu tersebut, anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan juga susu.
  10. amalkan pengambilam MADU ASLI, HABATAUSAUDA, KURMA dan juga MINYAK ZAITUN.
SEBARANG PERTANYAAN DAN INQUIRY BOLEH HUBUNGI SAYA 
**SEGALA CADANGAN PRODUK SHAKLEE DAN JUGA TIPS INI ADALAH HANYA UNTUK TUJUAN IKHTIAR MERAWAT PENYAKIT SERTA UNTUK MENDAPATKAN TAHAP KESIHATAN YANG LEBIH BAIK. SEGALANYA TERSERAH KEPADA YANG MAHA KUASA UNTUK PERKENANKAN SEGALA IKHTIAR KITA**


Tiada ulasan: